Terkini: perubahan harga dan peraturan insurans
Perubahan yang menjejaskan harga yang anda bayar atau perlindungan yang anda dapat, termasuk pembetulan pada angka kami sendiri.
-
Roadtax kereta elektrik kini ikut kuasa motor (kW)
Pengecualian penuh roadtax kereta elektrik (EV) tamat pada 31 Disember 2025, dan kereta elektrik kini membayar mengikut kuasa motor, dari RM20 setahun bagi 50 kW ke bawah.
-
Harga special perils dibetulkan kepada 0.2%–0.5% sum insured
Anggaran kos add-on special perils (banjir dan bencana alam) kini dinyatakan sebagai sekitar 0.2% hingga 0.5% daripada sum insured setahun.
-
Manfaat pemulihan Zurich Early Care Critical Illness dibetulkan
Manfaat pemulihan rider Zurich Early Care Critical Illness ialah 12% keseluruhan, dibayar 1% sebulan selama 12 bulan, bukan 12% sebulan.
-
NCD claim OD-KfK dibetulkan; julat Proton Saga kini RM400–860
Jawapan tentang kesan claim knock-for-knock (OD-KfK) pada NCD dibetulkan mengikut PIAM, dan julat anggaran premium Proton Saga dinaikkan.
Oleh Amir Ariff, Pengasas & Editor. Dikemas kini 15 Nov 2026
Halaman ini mencatat perubahan yang menjejaskan harga yang anda bayar atau perlindungan yang anda dapat: peraturan roadtax, pengumuman BNM atau PIAM, perubahan pada sesuatu pelan, dan pembetulan pada angka kami sendiri. Setiap catatan menamakan sumber rasminya dan memaut ke halaman yang dikemas kini. Promosi, ulasan dan cerita industri yang tidak mengubah harga atau perlindungan tidak dimasukkan. Senarai penuh pembetulan ada dalam log pembetulan.
Ikuti melalui suapan RSS.